Masalah kulit kepala berkelemumur adalah masalah kesihatan yang melibatkan kulit kepala dan bukannya rambut mahupun tabiat yang sering kita lakukan pada rambut. Mereka yang mempunyai masalah kelemumur ini sering merasa kurang keyakinan diri apabila kelemumur terlekat pada bahu dan pada belakang baju. Masalah kelemumur bukan masalah yang serius tetapi anda perlu menghilangkannya untuk meningkatkan semula keyakinan diri anda.

Minyak Kelapa
Minyak kelapa adalah bahan yang paling berkesan untuk merawat masalah kelemumur. Ini kerana ia mempunyai agen anti-kulat yang kadang kala boleh menyebabkan kulit kepala anda berminyak dan tidak sihat.. Ia juga boleh digunakan untuk melembapkan rambut yang kering dengan mudan dan juga mengurangkan rasa gatal disebabkan kelemumur.
- Sediakan minyak kelapa di dalam mangkuk
- Tuangkan jus limau ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama minyak kelapa
- Sapukan pada kulit kepala dan urut selama tiga minit.
- Basuh rambut sehingga minyak hilang selepas 20 minit
- Cuba rutin ini tiga kali seminggu
Cuka Epal
Merawat rambut dengan menggunakan bahan semula jadi akan mengurangkan kesan negatifnya daripada menggunakan produk yang kaya dengan bahan kimia yang berbahaya. Cuka epal juga elok digunakan untuk menghilangkan masalah kelemumur. Ia boleh mengembalikan keseimbangan pH kulit kepala anda dan ia juga boleh membasuh rambut dari sebarang penggunaan kimia seperti semburan rambut.
- Masukkan dua sudu makan cuka epal ke dalam cawan
- Campurkan 20 titik minyak daun teh, kacau sebati
- Sapukan pada kulit kepala menggunakan tapak tangan dan urut perlahan
- Biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh rambut.
- Cuba rutin ini dua hingga tiga kali seminggu
Serbuk Penaik
Serbuk penaik boleh mengurangkan kesan syampu yang mengandungi bahan ammonium lauryl sulfae, ammonium laureth sulfate, sodium lauryl sulfate dan sodium laureth sulfate. Bahan kimia yang terkandung di dalam syampu akan menyebabkan rambut kering dan kusut. Apabila rambut kering, kelemumur akan mudah terbentuk.
- Basahkan rambut dan sapukan sedikit serbuk penaik pada kulit kepala anda.
- Tunggu beberapa minit, bilas rambut dengan air suam
- Ulang rutin ini sekali atau dua kali dalam masa sebulan.
- Ingat jangan guna syampu selepas anda menggunakan cara ini.